SHAH ALAM - Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan, Dr Amru Al Haz Adnan dipilih menjadi salah seorang imam solat tarawih di Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom sepanjang bulan Ramadan ini.
Selain itu, Amru Al Haz yang juga bekas Timbalan Imam Besar, Masjid Negara turut diminta menjadi tenaga pengajar asas tahfiz al-Quran di universiti terkenal dunia tersebut sepanjang tempoh berkenaan.