Askar Rusia cedera bertempur di Ukraine dianugerahkan pingat keberanian

Iklan
Fomin (kiri) menganugerahkan pingat keberanian kepada askar Rusia yang cedera akibat bertempur di Ukraine di sebuah hospital di negara itu baru-baru ini. - Foto Twitter

MOSCOW - Sejumlah askar Rusia yang cedera akibat berperang dianugerahkan pingat kerana keberanian mereka bertempur dengan tentera Ukraine baru-baru ini.

Pingat itu dianugerahkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Alexander Fomin di sebuah hospital iaitu tempat askar-askar tersebut menerima rawatan.

Iklan
Iklan

Majlis penganugerahan itu disiarkan menerusi saluran televisyen Rusia, Channel One.

Seramai sembilan askar dilaporkan menerima pingat keberanian itu yang diselitkan oleh Fomin pada baju hospital yang dipakai oleh askar-askar tersebut.

Iklan

Askar-askar itu pulang dari barisan hadapan di Ukraine yang mana mereka telah mengalami pelbagai kecederaan akibat bertempur di negara tersebut.

Fomin memuji keberanian askar-askar tersebut dengan menganggap mereka sebagai lelaki sejati.

Iklan

Beliau menegaskan bahawa askar-askar itu mempertaruhkan nyawa dan kesihatan mereka dan ia merupakan perkara paling berharga yang dimiliki oleh seseorang.

Rusia menyerang Ukraine atas arahan Presidennya, Vladimir Putin pada 24 Februari lalu. - Agensi