Tiga maut, 10 cedera dalam nahas lebih 50 kenderaan

Iklan
Sekurang-kurangnya tiga maut dan lebih 10 cedera dalam kemalangan melibatkan lebih 50 kenderaan sehingga menutup sebahagian sempadan negeri di timur Pennsylvania. - Foto AP

POTTSVILLE - Sekurang-kurangnya tiga maut dan lebih 10 cedera dalam kemalangan melibatkan lebih 50 kenderaan sehingga menutup sebahagian sempadan negeri di timur Pennsylvania.

Bagaimanapun, menurut koroner daerah, Dr David J.Moylan, kerja-kerja menyelamat masih belum selesai kerana ada kenderaan yang terbakar dan jumlah kematian sebenar mungkin meningkat.

Iklan
Iklan

Nahas yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada ribut salji yang mengaburkan penglihatan.

Kira-kira 50 kenderaan termasuk beberapa lori dan treler terlibat dalam nahas.

Iklan

Kakitangan kecemasan dari empat daerah berbeza bergegas ke lokasi kejadian dan sehingga kini telah membawa kira-kira 20 pesakit ke hospital terdekat untuk rawatan.

Rakaman yang tular di media sosial pada Isnin menunjukkan nahas berlaku apabila sebuah treler berada di luar kawalan merempuh sebuah lori sampah. - Awani

Iklan