[VIDEO] Tentera Rusia berjaya tembak jatuh lima jet tentera Ukraine

Iklan
Rusia mendakwa berjaya memusnahkan 1,713 kereta kebal milik Ukraine baru-baru ini. - Foto AFP

MOSCOW - Sebanyak lima jet tempur milik Ukraine ditembak jatuh tentera Rusia dalam tempoh 24 jam baru-baru ini, lapor satu kenyataan rasmi daripada Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin.

Empat pesawat tempur Sukhoi Su-24 dan sebuah jet pejuang Sukhoi Su-27 dilaporkan berjaya ditembak jatuh dalam pertempuran yang berlaku di Ukraine itu.

Iklan
Iklan

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, tentera negara tersebut juga menembak jatuh 19 pesawat tanpa pemandu (UAV) milik Ukraine.

Jurucakap Tentera Rusia, Igor Konashenkov berkata, empat jet Sukhoi Su-24 itu ditembak jatuh di wilayah Chernigov manakala sebuah pesawat Su- 27 ditembak jatuh berhampiran Kramatorsk, wilayah Donetsk.

Iklan

Beliau juga menyatakan bahawa Tentera Rusia berjaya menembak jatuh lima roket Smerch di wilayah Kherson.

Sejak permulaan operasi khas tentera di Ukraine, tentera Rusia telah memusnahkan 303 dron, 1,713 kereta kebal, 170 pelancar roket dan 1,557 kenderaan tentera. - Agensi

Iklan