I-PUSH bantu usahawan mikro bangkit

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - Usahawan mikro di Pahang yang terjejas akibat pandemik Covid-19 akan dibantu melalui Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) bermula 1 April ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, skim itu dijangka dimanfaatkan lebih 2,500 usahawan di seluruh negeri ini.

Iklan
Iklan

"Atas keperihatinan kerajaan Pahang telah memperuntukkan RM20 juta bagi tujuan pembiayaan skim I-PUSH ini yang mana kita menawarkan pinjaman ini antara RM3,000 sehingga RM10,000.

"Jadi, usahawan boleh membuat permohonan pada 1 hingga 31 April ini dengan merujuk Panduan Permohonan Skim I-PUSH yang dimuat naik di portal rasmi https://smu.pahang.gov.my," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pembukaan pendaftaran I-PUSH di Wisma Sri Pahang yang dihadiri Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Razihan Adzharuddin.

Wan Rosdy menjelaskan, skim terbabit memperkenalkan pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah bagi mengurangkan beban pemohon.

Iklan

Katanya, pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah turut diperkenalkan dalam skim I-PUSH iaitu lima tahun tempoh pembiayaan termasuk tahun pertama moratorium yang diberikan.

"Jumlah pembiayaan akan disalurkan untuk setiap pemohon yang berjaya berdasarkan syarat-syarat kelayakan tertera. Malah, kita akan permudahkan urusan (permohonan) ini," katanya.