9,500 pesakit dirawat di Pusat Rehabilitasi Perkeso seluruh negara

Iklan
Pesakit ketika menjalani rawatan di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak, Melaka. - Foto Perkeso

AYER KEROH - Sebanyak 9,500 pesakit yang telah dirawat di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan (PRP) Keselamatan Sosial (Perkeso) seluruh negara sejak penubuhannya pada 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif PRP Tun Abdul Razak, Datuk Dr Hafez Hussain berkata, dari jumlah tersebut, seramai 7,800 orang berinsurans (OB) dirawat di PRP Tun Abdul Razak.

Dr Hafez - Foto Perkeso

Iklan
Iklan

Menurut beliau, dengan mempunyai kemudahan fasiliti yang lengkap dan kemprehensif, ia membuatkan OB mempunyai peluang kedua dalam kehidupan untuk kembali bekerja seperti biasa.

"Pusat Rehabilitasi Perkeso Melaka telah mula beroperasi semenjak daripada 1 Oktober 2014 lagi dengan keluasan 55 ekar.

Iklan

"Kita mempunyai kemudahan, fasiliti yang lengkap dan komprehensif bukan hanya perubatan fizikal, tetapi juga kita mengintegrasikan program rehabilitasi fizikal bersama dengam rehabilitasi vokasional.

"Kita mempunyai lebih kurang 381 katil di sini yang mana pada setiap masa hampir penuh dan mempunyai senarai menunggu yang panjang,” katanya dalam sidang media sempena program Perkeso’s Media Fam Trip 2022 di PRP Tun Abdul Razak di sini.

Iklan

Namun demikian, menurutnya, jumlah tersebut tidak mencapai 15 peratus daripada statistik kemalangan yang dicatatkan.

"Untuk itu, masih banyak lagi pesakit yang belum menerima rawatan secara optima. Masih ramai di luar sana perlu ambil tahu tentang hak mereka.

"Mereka perlu tahu jika memerlukan rawatan atau program rehabilitasi yang komprehensif bagi memulihkan mereka sehingga boleh berfungsi seperti biasa,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berkata, di pusat tersebut, terdapat kemudahan teknologi neuro-robotik, Neuro-Robotics Rehabilitation dan Cybernics Centre yang dilengkapi dengan Robot Suit HAL (Hybrid Assistive Limb) dari Cyberdyne Inc.

"Ini merupakan teknologi terkini yang kita peroleh dari negara barat dan yang terkini dari Jepun. Ia sesuatu yang menjadi kebanggaan sebab kita negara keempat di dunia yang memperoleh teknologi ini.

"Perancangan masa hadapan Perkeso untuk memperluaskan perkhidmatan teknologi Cyberdyne di Malaysia dan rantau ini,” ujarnya.

Jelasnya, Perkeso telah memperluaskan skop perancangan masa depan perkhidmatan teknologi robotik Itu dengan mengadakan kolaborasi dengan pelbagai institusi kesihatan awam dan swasta di seluruh Malaysia.

"Pada masa kini, Perkeso telah memulakan kerjasama dengan Institut Jantung Negara, Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Universiti Mahsa.

"Ia bertujuan aplikasi klinikal dan kajian penyelidikan tentang teknologi Cyberdyne HAL bagi pesakit yang mengalami masalah neurologikal dan kardiorespiratori,” katanya.

Menurutnya, bagi OB yang tidak mengetahui cara untuk mendaftar, mereka boleh membuatkan melalui pejabat Perkeso seluruh negara.

"Bagaimanapun, mereka juga boleh melayari laman sesawang kita. Dan pada masa sama, pesakit yang pergi kepada bahagian kecemasan hospital atau klinik untuk dapatkan rawatan, mereka boleh hubungi terus Perkeso.

"Mereka boleh untuk mendapatkan apa sahaja peralatan atau rawatan dan kita boleh luluskan secara serta merta,” katanya.

Selain itu, menurut Ketua Bahagian Hilang Upaya dan Vokasional serta bahagian operasi, Nazatul Akma Zawawi, Perkeso menyediakan elaun sebanyak RM20 sehari dengan kelayakan tertentu.

Nazatul Akma - Foto Perkeso

"Antara syaratnya, kalau mereka sebelum ini pergi doktor dan disahkan tidak ilat (tahap keupayaan menyebabkan tidak boleh bekerja), jadi Perkeso akan bagi pencen ilat.

"Elaun ini untuk yang layak dan tidak menerima apa apa faedah dari Perkeso,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Rehabilitasi, Julianah Salleh berkata, minimum bagi OB menjalankan rawatan rehabilitasi adalah selama enam jam.

Julianah - Foto Perkeso

"Dengan satu hari enam jam, kebanyakan OB hanya mengambil masa tiga bulan sahaja duduk di sini. Namun ia bergantung kepada kecederaan masing-masing. Terdapat sebanyak 70 ahli terapi yang telah dilatih untuk merawat kesemua pesakit yang ada.

"Kita juga sekarang ini ada seorang pesakit warga asing dari Nepal. Sama ada luar atau dalam negara tidak kisah, asalkan mereka mencarum," ujarnya.

Tambahnya, setiap OB juga mempunyai pasport yang tersendiri untuk menentukan rawatan yang akan diterima pada setiap hari.