Menteri Luar Malaysia akan hadir mesyuarat tergempar OIC

Iklan
Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA - Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki hari ini (Jumaat), menurut Wisma Putra.

Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC itu, yang dijalankan secara terbuka dan dihadiri menteri-menteri luar OIC, dijangka membincangkan serangan kejam di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lepas, yang mengorbangkan 50 nyawa orang tidak berdosa.

Iklan
Iklan

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata Saifuddin akan menyampaikan kenyataan Malaysia pada mesyuarat itu.

"Penyertaan Malaysia pada mesyuarat itu menjadi bukti Malaysia memandang tinggi kepentingan peranan OIC dalam menangani masalah Ummah, selain menunjukkan sokongan dan solidariti Malaysia kepada mangsa-mangsa serangan pengganas di Christchurch itu dan keluarga mereka serta rakyat New Zealand,” katanya.

Iklan
Iklan

Satu ‘Communique’ Akhir (Final Communique) akan dikeluarkan pada akhir sesi berkenaan yang merumuskan keputusan mesyuarat. -Bernama