Perkeso sedia pusat rehabilitasi terbaik

Iklan
Sun Hui ketika menerima rawatan rehabilitasi. - Foto Perkeso

AYER KEROH - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyediakan pusat rehabilitasi terbaik bagi orang berinsurans (OB) yang mengalami musibah dan perlu menjalani rawatan itu.

Kebanyakan OB yang memasuki di rehabilitasi Tun Abdul Razak tersebut berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan Perkeso.

Iklan
Iklan

Rata-rata mereka memuji pelatih dan juga teknologi yang canggih menyebabkan pusat itu berbeza dengan rehabilitasi yang lain.

OB, Vicky Ran Jeffry, 26, berkata, dengan teknologi yang disediakan mampu membantunya untuk berjalan dengan lebih baik dan jarak yang jauh.

Iklan
Vicky bersama ahli terapi ketika menjalani rawatan di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak, Melaka. - Foto Perkeso

"Saya masuk dalam ini pada 1 November 2021. Sudah lima bulan saya di sini. Tempat ini memang terbaik. Banyak kebaikannya.

"Dulu saya berjalan perlukan bantuan tongkat itupun hanya empat meter. Tapi sekarang boleh jauh dan sendiri.

Iklan

"Banyak latihan yang saya belajar di sini. Cikgu ajar cara teknik yang betul. Teknologi dekat sini memang sangat membantu dan berteknologi tinggi. Dekat pusat lain tidak ada teknologi sebaik ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Vicky yang mengelami kecederaan saraf tunjang akibat kemalangan berkata, pada awalnya tidak mahu untuk datang ke pusat rehalibitasi ini memandangkan dia berasal dari Sabah.

Namun begitu, dengan azam yang tinggi untuk pulih dan staf serta rakan yang memberikan dorongan, membuatkan dia lebih bersemangat.

Dalam masa sama, Tan Sun Hui, 34, yang menghidap penyakit angin ahmar berkata, teknologi yang canggih tersebut membuatkan dirinya lebih kuat tidak seperti dahulu.

Sun Hui ketika menerima rawatan rehabilitasi. - Foto Perkeso

"Awalnya saya memang tidak boleh bergerak belah kiri tubuh badan saya. Tapi saya libat banyak perkembangan yang berlaku selepas saya dapatkan rawatan di sini.

"Cikgu-cikgu juga sangat komited dalam memberikan tunjuk ajar kepada saya. Harapnya saya mampu pulih walaupun tidak 100 peratus seperti dahulu,” ujarnya.

Bagi Muhammad Faris Jaafar, 21, pula, di Perkeso terdapat Neuro-Robotics Rehabilitation dan Cybernics Centre yang dilengkapi dengan Robot Suit HAL (Hybrid Assistive Limb) dari Cyberdyne Inc.

Jelasnya, teknologi tersebut tidak dapat diperoleh dimana-mana menjadikan Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak terbaik dalam negara.

"Saya bersyukur dapat masuk sini sebab dapat kelangkapan yang banyak. Bagi saya, ia cukup baik kalau orang lain masuk sini,” katanya.

Muhammad Faris turut mengharapkan agar orang ramai dapat mencarum Perkeso bagi menjadi penyelamat sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Saya nak semua merasai apa yang saya rasa. Saya harap lebih ramai dapat mencarum untuk mendapat faedah yang disediakan,” katanya.