Anwar gesa Parlimen siasat isu pemilikan MySejahtera

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa satu siasatan komprehensif dilakukan segera bagi mengenal pasti isu melibatkan pemilikan aplikasi MySejahtera agar kerahsiaan data peribadi rakyat terjamin.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, siasatan yang perlu dijalankan oleh Parlimen itu penting bagi melindungi data peribadi rakyat daripada mereka yang mahu mengaut keuntungan.

Iklan
Iklan

"Rakyat Malaysia perlu tahu di mana data itu disimpan dan adakah ia disimpan di dalam persekitaran yang selamat dengan akses yang terhad? Mekanisme apa yang diguna pakai bagi mengelakkan pihak ketiga dari mengakses dan mencuri data mereka.

"Apa jenis perlindungan yang rakyat ada bagi mengelakkan data itu disalah guna yang akan mengakibatkan mereka dianiaya, ditipu dan didiskriminasi?

Iklan

"Menteri bertanggungjawab dan kabinet boleh saja menafikannya, namun sekiranya mengambil kira bahawa tidak ada sebarang perjanjian yang telus bermula dari bulan April 2020, rakyat Malaysia wajar untuk mempunyai syak wasangka dan berasa bimbang," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Sebelum ini pada 24 Mac lalu, sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) telah membangkitkan persoalan tentang penjualan aplikasi pengesanan Covid-19 kepada sebuah syarikat swasta.

Iklan

Keputusan kerajaan untuk ‘penyerahan’ ini telah diputuskan oleh kabinet pada 26 November 2021 dan kebenaran telah diberikan oleh kabinet kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melantik MySJ Sdn Bhd melalui mekanisme runding terus untuk mengambil alih aplikasi MySejahtera.

Mengulas lanjut Anwar berkata, isu pemilikan aplikasi MySejahtera dan datanya masih menjadi persoalan meskipun menteri tampil menjelaskannya.

Berdasarkan sebuah laporan katanya, KPISoft/Entomo merupakan milik sebuah entiti Singapura iaitu Entomo Pte Ltd berdasarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Ini membimbangkan tatkala kerajaan telah melibatkan entiti asing tanpa kontrak atas tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membangun dan mengurus perisian yang mengumpul data peribadi dan sensitif rakyat Malaysia.

"Saya juga terkejut bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada April 2020 telah membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi yang sangat penting kepada kepentingan keselamatan negara yang tidak hanya punya akses kepada maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian bertulis, tapi mempunyai pemilikan ke atas kerahsiaan dan data aplikasi tersebut.

"Dari menjelaskan persoalan-persoalan ini, kabinet kini sedang mempertimbangkan untuk menganugerahkan MySJ Sdn. Bhd. kontrak secara runding terus untuk aplikasi MySejahtera," katanya.

Dalam pada itu Anwar mendakwa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar gagal untuk menjawab soalannya mengenai tender terbuka sekali gus membawa maksud terdapat perkara yang disembunyikan dari pengetahuan umum berkenaan aplikasi berkenaan.

"Apabila Menteri Kesihatan kata, pengurusan aplikasi MySejahtera dibawa ke KKM kerana selama tempoh pandemik, tiada kontrak antara pihak KPISoft dengan kerajaan, ia bermaksud bahawa kontrak rundingan dengan KPISoft/Entomo, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi MySejahtera hanya bermula saat beliau (Khairy) menjawat jawatan tersebut pada bulan Ogos 2021, iaitu 16 bulan setelah aplikasi MySejahtera dilancarkan.

"Maksudnya selama 16 bulan kerajaan bersama dengan KPISoft/Entomo mengawal selia penggunaan dan data aplikasi MySejahtera tanpa sebarang perjanjian," katanya.