Lelaki didakwa lakukan amang seksual terhadap budak 8 tahun

Iklan
Gambar hiasan

BACHOK - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai beberapa kali menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh seorang rakan kepada sepupunya di tepi tali air di belakang sebuah rumah di Kampung Telok Merbau Perupok di sini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar seminggu lalu dan terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia 33 tahun yang kemudian membuat laporan polis pada Selasa.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, pengadu diberitahu oleh anak perempuannya semasa sedang bermain dengan seorang sepupu perempuan berusia tujuh tahun di belakang rumah neneknya, apabila datang seorang lelaki tidak dikenali dalam lingkungan umur 20 tahun dengan tiba-tiba memegang tangannya.

"Suspek mengajak mangsa untuk pergi menangkap ikan di tali air belakang rumah namun tidak mengajak sepupu mangsa dengan alasan dia masih kecil.

Iklan

"Semasa berada di tali air, suspek bertindak memeluk mangsa dari arah belakang dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Ujar beliau, mangsa kemudian bertindak melarikan diri daripada suspek dan kembali bermain dengan sepupunya.

Iklan

Bagaimanapun katanya, kejadian sama berlaku keesokan harinya di lokasi sama dan mangsa menceritakan kejadian kepada sepupunya sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada pengadu.

"Mangsa tidak mengenali suspek namun sering melihat suspek di rumah neneknya kerana suspek adalah rakan kepada sepupunya yang lain,” katanya.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Susulan itu, suspek lelaki yang berusia 20 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula pada Selasa sehingga Isnin ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a)Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKKSTKK) 2017,” katanya.