KUALA LUMPUR - Sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching di sini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kerja-kerja pembaikan injap bocor itu akan dilaksanakan bermula 11 pagi Rabu dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 malam hari yang sama.