MARIUPOL - Tentera Udara Rusia menembak jatuh sebuah helikopter Mi-8 milik Ukraine di ruang udara Laut Azov iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai, lapor Kementerian Pertahanan Rusia baru-baru ini.
Helikopter yang ditembak jatuh itu adalah dari model Mi-8 ketika ia sedang terbang untuk mengambil pemimpin Rejimen Azov di Mariupol, kata Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov.
Iklan
Iklan
Dalam pada itu, menurut Republik Rakyat Donetsk (DPR) di Ukraine, pihaknya dengan bantuan tentera Rusia berjaya menawan kawasan pinggir bandar Mariupol termasuk lapangan terbang dan mula membersihkan bandar tersebut daripada para pejuang Rejimen Azov.
Tentera Rusia membantu DPR sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan khas yang dilancarkan oleh Presiden negara tersebut, Vladimir Putin pada 24 Februari lalu.
Ia dilakukan sebagai tindak balas terhadap permintaan daripada Republik DPR dan Lugansk yang telah diserang oleh tentera Ukraine dan rejimen itu. - Agensi