Jualan Keluarga Malaysia dilanjutkan hingga Jun

Iklan
PJKM yang berakhir pada Khamis ini dilanjutkan hingga Jun depan susulan maklum balas orang ramai yang menggalakkan terhadap program itu. Foto hiasan

PUTRAJAYA - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang berakhir pada Khamis ini dilanjutkan hingga Jun depan susulan maklum balas orang ramai yang menggalakkan terhadap program itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, KPDNHEP telah mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meneruskan PJKM.

Iklan
Iklan

Menurutnya, format PJKSM akan disesuaikan mengikut lokasi, bilangan penduduk dan keberadaan serta keupayaan rakan strategik di sesebuah lokasi.

"Rakan-rakan strategik yang menyokong dan menyertai PJKM termasuk agensi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) seperti FAMA dan LKIM, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya besar dan pasar raya setempat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, sejak PJKM dilancarkan pada 2 Disember tahun lalu merekod jualan sebanyak RM38.099 juta.

"Program ini juga berlangsung di 100 peratus kawasan Parlimen seluruh negara membabitkan 1,274 lokasi," katanya.

Iklan

Alexander berkata, inisiatif itu menawarkan barangan murah sehingga 20 peratus daripada pasaran setempat sekali gus dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dalam situasi yang mencabar," katanya.

Beliau berkata, kementerian turut merekodkan 2,017 juta pengunjung membanjiri PJKM.

"Program ini disokong oleh 202 rakan strategik yang terdiri dari agensi kerajaan dan pemain industri sektor peruncitan," katanya.