Akademi Al-Quran Amalillah sasar lahirkan 3,000 hafiz

Iklan
Sebahagian daripada 97 pelajar yang berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk al-Quran diraikan sempena Majlis Haflah Takrimi Akmal 3.0 di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus.

KUALA NERUS - Akademi Al-Quran Amalillah terus mengorak langkah dengan sasaran melahirkan 3,000 hafiz menjelang 2025 menerusi kaedah hafalan al-Quran secara sistematik (fast-track) yang diperkenalkan.

Pengasasnya, Hussin Ismail berkata, sasaran itu meliputi pelajar dari beberapa negara lain seperti di Turki, Afrika dan Mindanao, Filipina.

Iklan
Iklan

"Sasaran melahirkan 3,000 hafiz ini bukan hanya di Malaysia namun akan turut meliputi pelajar di beberapa negara lain yang turut mengikuti modul hafazan al-Quran yang kami perkenalkan.

"Kita masih berusaha mencapai target itu memandangkan aktiviti pengajian tergendala selama dua tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19. Jika tiada halangan, kita harap sasaran itu dapat dicapai menjelang 2025," katanya ketika ditemui sempena Majlis Haflah Takrimi Akmal 3.0 di Stadium Tertutup Gong Badak disini, disini, baru-baru ini.

Iklan

Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam perkembangan sama, Hussin berkata, setakat ini, Akademi Al-Quran Amalillah telah melahirkan 246 hafiz sejak ditubuhkan pada 2017.

Iklan

Katanya, buat masa ini pusat pengajian itu memiliki empat cawangan iaitu di cawangan utama di Bukit Payong, Marang, (Terengganu); di Shah Alam dan Bukit Beruntung (Selangor) dan Batu Pahat (Johor).

Selain itu, katanya ia mempunyai dua lagi cabang pengajian iaitu menerusi jalinan kolaborasi bestari bersama Brainy Bunch serta memiliki platform pengajian yang disediakan secara dalam talian.

"Akademi Al-Quran Amalillah mempunyai kaedah hafazan secara dalam talian (on talk) dimana para pelajar tidak terikat status soal umur dan lokasi. Jadi mereka yang berada di luar negara pun boleh menyertai.

"Kita juga dalam perancangan membuka beberapa cawangan baharu seperti di Bukit Changgang, Banting, Selangor yang dijangka akan dibuka pada Jun depan diatas sebidang tanah yang diwakafkan. Selain itu, kita juga berhasrat untuk buka cawangan iaitu di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun hadapan," katanya.

Akademi Al-Quran Amalillah yang mengambil pelajar seawal usia 10 tahun menggunakan kaedah 'fast track' bagi hafazan 30 juzuk al-Quran dengan sasaran hafiz dalam tempoh setahun.

Modul ini dicipta bagi menyelesaikan masalah anak-anak yang mengambil masa terlalu lama al-Quran disamping membantu ibu bapa yang mempunyai perancangan melanjutkan pengajian anak-anak ke peringkat lebih tinggi.

Pada Sabtu lalu, seramai 97 pelajar cemerlang diraikan sempena Majlis Haflah Takrimi Akmal 3.0 di Stadium Tertutup Gong Badak disini, selepas berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk al-Quran.