Keunggulan pemaju bandar, SkyWorld Development Group (SkyWorld) terus diperakui sebagai syarikat yang sentiasa menitikberatkan perkhidmatan terbaik demi kepuasan pelanggan. Justeru, Kempen ‘You and I’ yang dilancarkan SkyWorld membuktikan apa jua keperluan dan kehendak para pelanggan akan dapat direalisasikan. Kempen ini merangkumi segala intipati sebenar SkyWorld sebagai syarikat yang mengutamakan pelanggan.
SINAR HARIAN: Boleh terangkan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dalam Kempen ‘You and I’ ini?
LEE: Kempen ‘You and I’ merangkumi intipati sebenar SkyWorld sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan pelanggan. ‘You’ mewakili pelanggan dan ‘I’ mewakili SkyWorld. Dengan itu, para pelanggan diajak bersama SkyWorld untuk meningkatkan taraf hidup di bandar supaya kehidupan lebih bermakna.
SINAR HARIAN: Apakah objektif kempen ini?
LEE: Kami ingin meningkatkan lagi komitmen kami kepada pelanggan sekalian memandangkan kepuasan pelanggan adalah keutamaan syarikat. Di SkyWorld, kami percaya bahawa inisiatif untuk mendengar dan memahami keperluan para pemilik rumah adalah satu-satunya cara untuk mengukuhkan hubungan dengan pelanggan. SkyWorld mengambil komen pelanggan secara positif sebagai maklum balas yang tidak ternilai kerana ia dapat membantu meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan, sekali gus meningkatkan prestasi syarikat.
SINAR HARIAN: Bagaimana SkyWorld memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui Kempen ‘You and I’ ini?
LEE: SkyWorld sentiasa bertekad dan berusaha menyediakan perkhidmatan yang memuaskan biarpun mereka belum secara sah memiliki rumah yang ditawarkan.
Sebagai syarikat yang berpaksikan pelanggan, SkyWorld akan menyediakan Penyerahan Pemilikan Kosong ( Handing Over Vacant Possession - HOVP) secara peribadi kepada semua pembelinya.
Ini termasuklah membawa para pembeli melawat segala kemudahan yang disediakan termasuk ruang tempat letak kereta, membawa mereka melihat unit rumah yang dibeli, bersama menyemak senarai semak kunci dan memberi tunjuk ajar bagaimana mengemukakan kerosakkan rumah menerusi Aplikasi SkyWorld Connects.
Sehingga kini, SkyWorld telah menyerahkan sepenuhnya lima projek dan pasukan HOVP telah mencapai lebih 90% penarafan ‘5-Star’ perkhidmatan pelanggan.
SINAR HARIAN: Selain itu, apakah kemudahan lain yang disediakan SkyWorld untuk pelanggan berinteraksi dan mendapatkan perkhidmatan dengan mudah?
LEE: Bagi meningkatkan pengalaman hidup yang terbaik, SkyWorld telah melabur RM1 juta dalam menyediakan SkyWorld Connects, aplikasi inovatif dan mesra pengguna yang dicipta khas untuk pemilik rumah SkyWorld.
Aplikasi ini berfungsi sebagai platform terutama sekali untuk berkomunikasi secara lebih berkesan dan cekap antara pemilik dan penduduk SkyWorld, pihak pengurusan serta pasukan pengawal keselamatan.
Di samping itu, turut dilancarkan ialah Solution+, iaitu ciri inovatif dalam Aplikasi SkyWorld Connects yang menghubungkan pembeli rumah SkyWorld dengan penjual kelengkapan rumah.
Di bawah Solution+, ia akan memberikan kemudahan kepada pembeli rumah SkyWorld dengan menawarkan pelbagai jenis keperluan pindah masuk seperti reka bentuk dan pengubahsuaian dalaman, perabot, peralatan rumah, perkhidmatan telekomunikasi, pemindahan dan perkhidmatan sewa. Segalanya diuruskan melalui hujung jari sahaja!
Para pembeli juga tidak ketinggalan menikmati penjimatan hebat dan pakej istimewa melalui ‘Crowd Deals’.
Penjualan menerusi Solution+ yang membanggakan telah direkodkan dalam pelancaran awal kepada pemilik-pemilk rumah SkyMeridien dan SkyAwani 3 apabila urus niaga mencapai RM2.8 juta hanya dalam tempoh seminggu!
SINAR HARIAN: Apakah pencapaian yang diraih oleh SkyWorld sepanjang tahun 2021?
LEE: Sepanjang tahun 2021, SkyWorld telah mencatatkan jualan rumah dan pencapaian yang memberangsangkan. Ini termasuklah mencapai jualan melebihi RM1 billion untuk sepanjang tahun berkenaan; dinobatkan dua Anugerah Hartanah Asia Pasifik yang tersendiri dan meraih tujuh kemenangan besar dalam Anugerah StarProperty 2021. Tidak ketinggalan bekerjasama dengan Shopee untuk Hadiah Terbesar Jualan Besar 11.11. Kejayaan turut dilakar apabila SkyWorld disenaraikan di tempat 20 teratas dalam Anugerah Kecemerlangan Hartanah The Edge Property Excellence Award 2021 di samping menerima Anugerah Majikan Terbaik 2021 - pengiktirafan ke-4 oleh Kincentric.
Apa yang lebih membanggakan ialah SkyVogue Residences di Taman Desa telah berjaya mencapai kadar pengambilan sehingga 95 peratus manakala SkyMeridien Residences di Sentul East diserahkan tepat pada masanya biarpun negara dilanda pandemik Covid-19.
SINAR HARIAN: Bagaimana visi dan perancangan SkyWorld pada masa akan datang?
LEE: Visi SkyWorld adalah semudah ABCD, iaitu ‘Always Best City Developer’ (Pemaju bandar yang sentiasa terbaik). Dengan membekalkan visi tersebut, SkyWorld yakin akan terus kekal fokus merancakkan pembangunan di bandar dan menyediakan pengalaman hidup yang terbaik kepada pelanggan.
SkyWorld berjanji akan terus memberi tumpuan kepada kediaman bertingkat dan menerokai tawaran komersial kerana percaya kepada kemudahan dan gaya hidup yang berkualiti di dalam persekitaran yang kondusif.
Untuk perancangan akan datang, SkyWorld kini bersiap sedia untuk melancarkan 4 projek baharu di beberapa lokasi yang ideal seperti di Setapak, Setiawangsa, Cheras dan Taman Melawati.
SINAR HARIAN: Apakah strategi dalam menjadikan SkyWorld sebagai tumpuan pelanggan syarikat?
LEE: Kami sangat percaya bahawa ‘Apabila pekerja anda gembira, pelanggan anda pastinya lebih gembira daripada itu’. Justeru, kami sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang menyeronokkan dan sihat untuk pekerja kami.
Di SkyWorld, tumpuan kami adalah mencipta budaya yang menumpukan pada hasil kerja yang menakjubkan kepada pelanggan, walaupun mereka belum membeli produk kami.
Kami hanya ‘Melakukan Perkara yang Penting Kepada Pelanggan’. Apabila kami membina projek kami, kami sentiasa membayangkan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada pemiliknya. Kita akan bertanyakan diri kita sendiri terlebih dulu jika idea inovatif kita mampu meningkatkan kecekapan dan memaksimumkan kemudahan.
Kami sentiasa komited dalam mendirikan rumah yang berkualiti di mana ia boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Dengan itu, SkyWorld berjanji bahawa semua projek dalam syarikat ini akan diperakui penarafan QLASSIC, satu sistem dan kaedah yang digunakan oleh CIDB untuk menilai kualiti mutu kerja binaan berdasarkan Piawaian Industri Pembinaan di Malaysia.