Perak sasar 2,000 penerima tuala wanita percuma

Iklan
Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin

IPOH - Kerajaan Perak menyasarkan 2,000 penerima Program Pemberian Kit Asas Sanitari Wanita (PROKiS) di setiap daerah bagi menangani isu kemiskinan haid di negeri ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila individu perempuan atau wanita tidak mampu memiliki tuala wanita dan produk kebersihan disebabkan faktor kewangan, terutamanya semasa penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan
Iklan

Katanya, terdapat empat elemen utama dalam kemiskinan haid iaitu kekurangan atau ketiadaan kemudahan sanitari bagi menguruskan haid, kekurangan prasarana seperti akses kepada air bersih yang mencukupi, kekurangan ilmu dan pendidikan pengurusan haid serta kekurangan privasi dalam menguruskan haid.

"Antara kriteria penerima PROKiS ini adalah mereka di kalangan remaja perempuan dan wanita yang berumur di antara 12 hingga 45 tahun yang tergolong kategori B40.

Iklan

"Program PROKiS ini bukan hanya menumpukan kepada pemberian kit asas sanitari wanita, malah elemen advokasi dan aspek pendidikan akan diterapkan kepada penerima tentang pentingnya ilmu pengurusan haid," katanya ketika menjawab soalan lisan Jamilah Zakaria (BN-Trong) pada Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Perak ke-14 di sini pada Rabu.

Beliau berkata, inisiatif ini untuk memperkasa remaja wanita terutamanya golongan B40 sama ada dalam atau luar bandar serta masyarakat Orang Asli agar meningkatkan ilmu pendidikan dan advokasi kesihatan reproduktif semasa haid agar lebih yakin dan mengurangkan tekanan dalam kalangan remaja dan wanita.

Iklan

Sementara itu, Dr Wan Norashikin berkata, kerajaan negeri melalui Sekretariat Wanita Perak dalam rangka mengadakan kajian mengenai kemiskinan haid di negeri ini melalui sesi libat urus bersama penerima bantuan PROKiS dan golongan sasar tertentu.

Menurutnya, kajian tersebut akan melibatkan remaja dan wanita di seluruh Perak yang terbahagi kepada kumpulan-kumpulan sasar seperti golongan masyarakat Orang Asli, golongan miskin bandar dan luar bandar, ibu tunggal, wanita profesional, pelajar sekolah dan juga penuntut institusi pengajian tinggi.

Jelasnya, kajian itu juga akan dijalankan secara menyeluruh sepanjang tahun 2022 dan hasil daripada kajian tersebut akan diguna pakai bagi membantu meningkatkan perkhidmatan dan bantuan dalam menangani isu kemiskinan haid di negeri ini.