Southgate pertahan Maguire

Iklan
Maguire

PENGENDALI England, Gareth Southgate menyelar tindakan penyokong England yang mengejek tonggak pertahanannya, Harry Maguire sebelum sepak mula menentang Ivory Coast dalam aksi persahabatan di Wembley pada awal pagi Selasa.

Pertahanan Manchester United itu diejek sesetengah penyokong England ketika membuat penampilan pertamanya bersama Three Lions pada tahun ini, yang mana situasi sama seperti ketika dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada perlawanan menentang Switzerland sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Saya rasa layanan yang diberikan penyokong kepada Maguire sesuatu yang mengarut dan tidak masuk akal.

"Dia beraksi dengan cukup baik dan luar biasa ketika bersama England sebelum ini. Saya tidak faham kenapa penyokong memberi layanan sebegitu rupa kepadanya.

Iklan

"Saya memahami dia berdepan detik sukar ketika bersama kelab tetapi dia kini menyarung jersi England. Anda bukan menyokong pemain dalam jersi itu dan apabila dia beraksi dan tampil cemerlang untuk kita, sokongan perlu diberikan," katanya.

Di sebalik ejekan penyokong England kepada Harry Maguire, ia nyata tidak memberi kesan kepada Three Lions apabila berjaya menang 3-0 ke atas Ivory Coast.

Iklan

Penyerang England, Ollie Watkins berjaya meletakkan pasukannya di hadapan sebelum Raheem Sterling menggandakan kedudukan untuk meletakkan Three Lions selesa pada babak pertama.

Pemain pertahan, Tyrone Mings melengkapkan kemenangan England apabila berjaya menyumbat gol terakhir perlawanan pada masa kecederaan.