Bersatu di Sabah tidak goyah tetapi semakin kukuh

Iklan
Wan Saiful

KOTA BELUD - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan bahawa Bersatu di Sabah goyah berikutan hubungan antara parti itu dengan UMNO dilihat sudah tidak sehaluan di peringkat Pusat.

Beliau sebaliknya berkata, Bersatu di Sabah semakin kukuh sejak di awal penubuhannya dan jentera parti dilihat terus bekerja bagi memenangi pilihan raya akan datang.

Iklan
Iklan

"Saya rasa suasana di Sabah tidak sama dengan di Sarawak, tidak sama dengan suasana di Semenanjung, suasana di Semenanjung pun di satu negeri dengan negeri lain berbeza.

"Jadi itu adalah keunikan-keunikan di negeri masing-masing, lebih baik untuk diuruskan oleh pemimpin setempat.

Iklan

"Bagi saya persaingan politik ini perkara biasa yang pentingnya persaingan politik mengganggu usaha-usaha untuk menjaga kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Si Cilik Ke Sekolah Bersama Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Kawasan Kota Belud, di Dewan Masyarakat Tun Said, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas situasi politik di Sabah berikutan hubungan Bersatu dan UMNO di peringkat Pusat yang tidak sehaluan ketika ini.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau dalam pada itu berkata, rakyat sudah letih dengan permainan politik oleh pemimpin-pemimpin politik itu sendiri.

"Pengalaman saya di Melaka, di Johor yang ada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, saya melihat betapa rakyat sebenarnya sudah letih dengan politik yang tidak habis-habis bergaduh.

"Jadi kalau kita teruskan sifat tersebut, kebimbangan saya habis semua orang politik akan dilabel sebagai perangai sama, sedangkan yang buat masalah hanya beberapa orang saja," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemimpin politik kembali kepada usaha untuk membantu memperjuangkan kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi serta dasar kerajaan.

"Bukan semata-mata meraih kuasa, mengaut kuasa untuk kepentingan peribadi dan menyelamatkan diri," katanya.