RMS lancar Siri Emas Edisi Khas sempena 100 tahun gerakan koperasi

Iklan
Noh (dua dari kanan) diiringi Abd Rani (kanan) menunjukkan Siri Emas Edisi Khas selepas menyempurnakan majlis pelancarannya di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Anak syarikat Bank Rakyat, Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) pada Rabu melancarkan Siri Emas Edisi Khas bersempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi negara pada tahun ini.

Inisiatif itu dilakukan Bank Rakyat dan RMS sebagai tanda sokongan kepada koperasi negara serta pelanggan yang sentiasa menyokong sektor tersebut dalam meningkatkan aktiviti keusahawanan.

Iklan
Iklan

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, Siri Emas Edisi Khas tersebut hanya terhad 2,000 unit dan didatangkan dalam bentuk wafer seberat satu dan lima gram yang boleh didapati pada harga RM340 dan RM1,600 setiap satu.

Menurutnya, orang ramai juga boleh mendapatkan Siri Emas berkenaan dalam bentuk dinar atau kepingan emas pada harga RM1,300 setiap satu.

Iklan

"Koleksi eksklusif keluaran RMS ini dilihat dapat memenuhi trend permintaan instrumen pelaburan emas patuh syariah yang amat tinggi pada ketika ini, sekali gus meningkatkan lagi penyertaan pelaburan emas fizikal secara patuh syariah dalam negara.

"Di samping itu, dengan menyimpan emas ini, ia juga memberi ingatan, kenangan dan sokongan atas kewujudan gerakan koperasi selama 100 tahun dalam negara kita," ujarnya pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran Siri Emas Edisi Khas itu di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini.

Pegawai Komunikasi Korporat RMS, Aimi Azman memegang dua keping Siri Emas Edisi Khas sempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi pada majlis pelancarannya di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Rabu.

Iklan

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Suriani Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP (Dasar & Pemantauan), Datuk Mohammad Radhi Abdul Razak dan Pengerusi Bank Rakyat merangkap Pengerusi RMS, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar.

Mengulas lanjut, Noh memaklumkan, pelancaran produk emas itu juga merupakan salah satu daripada beberapa aktiviti yang disusun KUSKOP menjelang genap 100 tahun usia gerakan koperasi ditubuhkan di Malaysia pada Julai nanti.

"Jadi sebenarnya gerakan koperasi ini merupakan salah satu agensi yang tertua dalam negara kita. Telah banyak perubahan dibuat oleh gerakan koperasi ini dan akhirnya sekarang gerakan koperasi diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang dinaungi Yang di-Pertuan Agong.

"Saya menyeru rakyat di luar sana untuk membeli emas ini di kedai-kedai Ar Rahnu Bank Rakyat di seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Abd Rani berkata, RMS mengambil peluang keemasan ketika ini untuk melancarkan Siri Emas Edisi Khas agar orang ramai termasuk koperasi di seluruh negara dapat mengabadikan kenangan bersejarah ini dalam bentuk koleksi emas, di samping menarik lebih ramai pelanggan baharu untuk membeli dan menyimpan emas.

"Menerusi pengeluaran Siri Emas terbaharu ini juga, RMS ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya memahami bahawa mereka boleh menggunakan emas sebagai satu aset yang boleh dilaburkan bukan sahaja untuk meningkatkan taraf ekonomi individu tetapi turut berupaya untuk menjana ekonomi negara,” jelasnya