Polis siasat insiden kekasaran pengadil bola sepak dipukul

Iklan
Insiden kekasaran yang berlaku di padang bola Kelab Sultan Sulaiman sebagaimana tular di media sosial pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden kekasaran yang berlaku di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video berdurasi dua minit 28 saat dimuat naik di media sosial Facebook yang memaparkan insiden berkenaan.

Iklan
Iklan

"Menerusi video berkenaan, seorang lelaki telah dikasari individu lain di padang bola berkenaan.

"Kita telah menjalankan pengesanan ke atas individu terlibat dan menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Noor Dellhan berkata, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Polis juga ingin memberi amaran agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang.

Iklan

"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini, boleh menghubungi Inspektor Afrizal Aizat Md Arif di talian 012-7883138 atau IPD Dang Wangi 03-26002222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999," katanya.

Sebelum itu, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang pengadil dipukul dalam aksi perlawanan bola sepak antara KLCE menentang Data Sukan yang berlangsung di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada Selasa.