'Terima kasih doktor, kalian hero Keluarga Malaysia'

Iklan
Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada doktor sempena Hari Doktor Sedunia pada Rabu. - Foto: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Facebook

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan diberikan doktor termasuk ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Bersempena Hari Doktor Sedunia yang disambut hari ini, beliau berkata jasa dan pengorbanan diberikan golongan itu cukup besar bukan sahaja dalam soal merawat bahkan meliputi soal menyelamatkan nyawa.

Iklan
Iklan

"Apatah lagi sumbangan mereka yang cukup berharga ketika dunia dilanda Covid-19, para doktor menjadi barisan hadapan yang setia mengorbankan masa dan tenaga demi kesihatan rakyat Malaysia.

"Terima kasih saya ucapkan kepada para doktor di seluruh Malaysia dan di mana juga anda berada. Kalian adalah hero Keluarga Malaysia yang sentiasa tersemat di hati dan jiwa kami semua,” kata beliau dalam Facebooknya pada Rabu.

Iklan

Hari Doktor Sedunia disambut pada 30 Mac setiap tahun. - Bernama

Iklan