Perlu baiki kelompangan perundangan Islam: Pembela

Iklan
Aminuddin ketika menyampaikan ucapan dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah pada Rabu.

SHAH ALAM - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa kerajaan dan agensi-agensi berkaitan supaya melihat semula kelompangan sistem perundangan Islam dan meletakkan Syariah sebagai landasan pembinaan negara.

Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, kelompangan itu dibimbangi akan dijadikan sebagai helah oleh pihak-pihak tertentu yang didakwa akan menekan serta menjatuhkan martabat agama Islam di negara ini.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, negara mempunyai kepakaran yang cukup dalam mengkaji dan mengemukakan cadangan-cadangan bernas bagi meminda perundangan sedia ada termasuk Perlembagaan Persekutuan.

"Kita semua melihat bagaimana beberapa kes mahkamah yang berlaku sejak akhir-akhir ini dilihat tidak memihak kepada umat Islam malah kalau dikaji secara halus ia secara tidak sedar turut menghakis kuasa negeri iaitu kuasa Sultan sendiri yang merupakan ketua agama negeri.

Iklan

"Saya yakin ini semua berlaku bukan secara tidak sengaja atau tiba-tiba tetapi sebaliknya hasil dari perancangan yang begitu rapi yang makan masa puluhan tahun.

"Tetapi mereka tetap sabar dan konsisten dalam gerak kerja sehingga hasil yang mereka peroleh seperti apa yang kita lihat hari ini,” katanya ketika dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, gerakan pihak tertentu yang menghina agama Islam itu menjadi semakin agresif sehingga berani mendesak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

"Kekuatan arus kesesatan ini semakin hari, semakin besar dan kuat. Ini kerana ia bukan sahaja disokong oleh segelintir umat Islam tetapi di atas kebijakan mereka menggunakan kelompangan yang ada di dalam sistem perundangan dan kehakiman negara.

"Kalau dahulu kita jarang mendengar istilah seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ‘gender equality’, ‘religious plurality’ (hak persamaan agama), ‘universal values’ atau nilai sejagat tetapi kini istilah-istilah ini sudah menjadi sesuatu yang diterima pakai oleh masyarakat sebagai asas kepada perpaduan kaum dan kesejahteraan negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Aminuddin, gerakan mempertahankan umat Islam perlu diteruskan bagi menyekat aktiviti pihak tertentu yang cuba mencemarkan kemuliaan agama Islam dan mahkamah syariah.

"Kita tidak akan lupa bagaimana perarakan golongan LGBT yang dibuat secara terang-terangan di Dataran Merdeka pada tahun 2019.

"Alhamdulillah kita bersyukur dengan sokongan semua pihak, Pembela berjaya memimpin satu gerakan rakyat secara besar-besaran bagi menyekat kumpulan yang mendesak untuk kerajaan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) dan ‘Rome Statute’ (Statut Rom). Kalau tidak hari ini, kalau dulu mereka berarak 100 orang, mungkin hari ini sudah 1,000 orang.

"Atas dasar itu, Pembela mengambil inisiatif untuk mengadakan konvensyen ini bagi membincangkan secara 'world-view' (persepsi dunia) mengenai konsep mengarusperdanakan Syariah dan peranan pihak agensi dalam merealisasikannya,” jelasnya.