Lelaki cabul, liwat rogol adik sejak usia 11 tahun

Iklan
Wan Azharuddin

TAPAH - Seorang abang tegar mencabul, meliwat dan merogol adik perempuannya sejak dia berumur 11 tahun ketika mereka tinggal diberdua di kediaman mereka di Kampung Rahmat, Jalan Teluk Intan - Bidor.

Malah abang sulung berumur 26 tahun yang bekerja sebagai kelindan lori itu dikatakan mula mencabul adik bongsunya sejak 2014 semasa mangsa berumur 11 tahun sebelum merogol mangsa ketika dia berumur 14 tahun.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian mangsa telah keluar ke rumah ibu saudaranya di Slim River pada jam 10.40 pagi semalam.

Katanya, mangsa tidak tahan dengan sikap abangnya yang sering mengongkong kehidupannya serta memberhentikannya dari bersekolah tanpa sebab dan alasan.

Iklan

"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan anak yatim piatu dan tinggal bersama tiga abangnya di rumah sewa di Kampung Rahmat Bidor. Kejadian berlaku semasa dua abangnya yang lain tiada dirumah.

"Menurut mangsa abang sulungnya mula mencabulnya semasa dia berumur 11 tahun dan ia berlarutan selama dua tahun sebelum mangsa dirogol dan diliwat pada usia 14 tahun dan kali terakhir dia dirogol adalah Jumaat lalu," katanya dalam satu laporan disini.

Iklan

Menuru Wan Azharuddin mangsa tidak pernah menceritakan kejadian kepada sesiapa sebelum ini kerana diugut oleh abangnya tidak akan diberi makan serta duit belaja sekiranya menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa sahaja.

"Namun akibat tidak tahan pengadu telah membuat laporan polis kerana mahu tindakan diambil ke atas abangnya serta untuk perlindungan dirinya.

"Pemeriksaan awal ke atas mangsa telah dijalankan di Hospital Slim River dan mangsa telah ditahan diwad bagaimanapun dia kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Sementara itu, abang mangsa telah ditahan pihak polis sekitar jam 8.30 malam tadi di kampung berkenaan dan direman sehingga 28 Mac.