Lelaki lemas ketika mandi di air terjun bersama rakan

Iklan
Mayat Noor Hafizi dihantar ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut pada Rabu.

MACHANG - Keseronokan seorang lelaki mandi-manda bersama dua rakannya di Air Terjun Jeram Linang, Banggol Judah di sini bertukar tragedi apabila ditemukan lemas pada Rabu.

Mayat Noor Hafizi Mat Nor, 35, yang berasal dari Pasir Mas ditemukan pada jam 4 petang selepas timbul dipermukaaan semasa usaha mencari dan menyelamatkan mangsa sedang dijalankan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, selepas ditemukan mangsa terus dibawa naik ke atas darat.

"Kemudiannya, salah seorang rakan mangsa telah menghubungi Balai Polis Machang.

Iklan

"Selepas itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang telah membuat tindakan untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal. Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Machang," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah mandi bersama dua rakannya pada jam 3.15 petang.

Iklan

Beliau berkata, bagaimanapun, sekitar jam 3.30 petang mangsa didapati tenggelam dan tidak timbul ke permukaan air.

Ganti berkata, mangsa telah cuba diselamatkan oleh rakannya namun gagal kerana air terlalu dalam.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut,"