Lebuhraya Karak sesak 6km kemalangan lori, MPV

Iklan
Keadaan kemalangan di Lebuhraya Karak pada petang Rabu. - Foto Twitter @LPTTrafik

KUALA LUMPUR - Kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan 17,000 liter karbon dioksida dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menyebabkan kesesakan sepanjang kira-kira enam kilometer (km) di Lebuhraya Karak, petang Rabu.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan bermula pada jam 6.32 petang disebabkan semua lorong arah timur dan barat ditutup ekoran tumpahan bahan kimia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Setakat jam 8.50 malam ini, trafik masih sesak sepanjang enam kilometer menuju ke lokasi kejadian di kilometer 36.2, sementara lorong kecemasan dan lorong perlahan masih ditutup,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 6.03 petang, sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bersama dua jentera dikerah ke lokasi kejadian.

Iklan

Katanya, kemalangan menyebabkan pemandu MPV cedera ringan di bahagian lutut dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan, manakala lima lagi penumpang kenderaan itu serta pemandu lori selamat.

"Ketika ini bomba sedang menunggu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) untuk kerja-kerja selanjutnya," katanya dalam dalam kenyataan di sini pada Rabu. - Bernama

Iklan