KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Persidangan Kerajaan Dunia 2022 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bersempena Ekspo 2020 Dubai, petang ini (waktu tempatan).
Ismail Sabri menerusi perkongsian di laman Facebook beliau berkata, persidangan yang mengangkat tema 'Shaping Future Governments' atau Membentuk Kerajaan Masa Hadapan turut dihadiri Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum yang juga Pemerintah Dubai.