Kenderaan berperisai Ukraine musnah dibedil dron Rusia

Iklan
Gambar menunjukkan letupan berlaku akibat serangan udara tentera Rusia di Ukraine baru-baru ini. - Foto Kementerian Pertahanan Rusia

KIEV - Beberapa buah kenderaan berperisai milik tentera Ukraine musnah akibat dibedil dron tentera Rusia dalam pertempuran yang berlaku antara kedua-dua pihak di negara berkenaan baru-baru ini.

Kementerian Pertahanan Rusia (MoD) turut menyiarkan video di aplikasi Telegram yang menunjukkan beberapa buah kenderaan perisai Ukraine di negara itu.

Iklan
Iklan

Klip video yang berdurasi selama 49 saat itu menunjukkan serangan dron tentera Rusia ke atas kereta-kereta kebal dan trak tentera Angkatan Bersenjata Ukraine di sebuah tempat letak kereta.

Dua buah kereta kebal milik tentera Ukraine kemudian dilihat dimusnahkan dengan serangan ketepatan tinggi yang dilancarkan tentera Rusia.

Iklan

Mengulas mengenai video itu, Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan bahawa tempat letak kereta-kereta kebal dan kenderaan artileri Angkatan Tentera Ukraine telah dikesan oleh kru dron tentera Rusia.

Namun, peralatan ketenteraan itu bersama-sama dengan trak tentera kemudiannya dihapuskan oleh senjata ketepatan tinggi. - Agensi

Iklan