PETALING JAYA - Penyanyi nasyid dan komposer yang ditahan kerana menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Khamis lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, jam 10 pagi Khamis bagi menghadapi pertuduhan kes berkaitan dadah.
Lelaki berusia 47 tahun itu hadir di mahkamah dengan memakai baju T hitam dan diiringi pasukan polis.