KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM3 juta untuk bekalan air percuma kepada rakyat negeri ini sepanjang bulan Ramadan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bekalan percuma itu melibatkan pengguna akaun Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang menggunakan perkhidmatan tidak lebih RM30.