Pakistan beri sambutan rasmi kepada Tun M

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi rakan sejawatnya Imran Khan setibanya di Pangkalan Tentera Udara Pakistan Nur Khan, Rawalpindi sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara ini bermula Khamis. Foto: Bernama

ISLAMABAD - Pakistan memberi sambutan rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sempena lawatan beliau ke negara itu di Prime Minister’s House di sini hari ini.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menyambut Dr Mahathir semasa tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri Pakistan itu. Sejurus itu, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormatan Angkatan Tentera Pakistan.

Kedua-dua perdana menteri seterusnya memperkenalkan delegasi masing-masing.

Iklan

Dr Mahathir turut menanam anak pokok pain spesis ‘Pinus Roxburghii’ yang berasal dari Himalaya sebagai simbol kepada hubungan Malaysia-Pakistan.

Dr Mahathir dan Imran Khan dijadual mengadakan mesyuarat empat mata, yang akan diiikuti dengan mesyuarat delegasi Malaysia dan Pakistan.

Iklan

Dr Mahathir dan Imran Khan akan mengeluarkan kenyataan bersama kemudiannya.

Perdana Menteri Malaysia juga akan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Imran Khan.

Dr Mahathir memulakan lawatan kerja tiga hari ke Pakistan pada Khamis. -Bernama