Pahang Amazing Sky bakal rancakkan sektor pelancongan

Iklan
Wan Rosdy (dari empat kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Produk Pelancongan Astro-tourism – Pahang Amazing Sky di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang pada Khamis.

KUANTAN - Pahang memperkenalkan produk pelancongan terbaharu iaitu Astro-tourism bertemakan Pahang Amazing Sky kembali merancakkan sektor pelancongan dalam negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, konsep pelancongan itu dijangka menarik lebih ramai pelancong untuk melihat keindahan langit pada waktu malam daripada pencemaran cahaya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemandangan indah langit yang dipenuhi bintang pasti akan mengembalikan nostalgia seperti zaman nenek moyang suatu ketika dahulu.

"Keistimewaan ini hanya ada di Pahang dan sudah pasti pelancongan lebih cenderung memilih destinasi ke negeri ini sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Produk Pelancongan Astro-tourism – Pahang Amazing Sky di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang pada Khamis.

Iklan

Hadir sama Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim serta Founder & CEO Apadilangit,Muhammad Hafez Ahmad Murtza.

Wan Rosdy berkata, melalui konsep pelancongan baru ini, pelancong juga boleh mempelajari mengenai buruj dan tanda arah melalui peta bintang, tidak ketinggalan arah kiblat yang menjadi rujukan penganut beragama Islam untuk menunaikan solat.

Iklan

Tambah beliau, pelancong juga akan dibawa menghargai keindahan langit dan mengetahui tentang kesan pencemaran cahaya kepada manusia serta flora dan fauna.

"Selain kaya dengan keindahan flora dan fauna, Pahang mempunyai banyak kawasan langit gelap.

"Taman Negara Pahang dan Taman Negeri Rompin adalah kawasan perlindungan flora serta fauna berpotensi digazetkan sebagai rizab langit gelap pertama negara kerana ia bebas dari limpahan lampu pembangunan," katanya.