Tiada kebenaran operasi kuari tanpa kelulusan JAS

Iklan
Saarani menyampaikan sumbangan kepada penerima Majlis Perasmian Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bantuan Persekolahan dan Orang Kurang Upaya Oleh Kelompok-Kelompok Padang Ragut Daerah Perak Tengah dan JPV Perak 2021 di Dewan Dato' Ahmad Hambal, Bota Kanan, di sini pada Rabu.

PARIT - Kerajaan Perak tidak boleh membenarkan sebarang syarikat meneruskan operasi kuari di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang di Manjung tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara tetap tidak boleh dilaksanakan biarpun ada pihak tertentu seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mendesak exco kerajaan negeri agar operasi syarikat kuari itu diteruskan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menjadi amalan biasa sebarang pengusahasilan kuari bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) JAS.

"Biasalah orang-orang terlibat dengan kuari akan yakinkan kerajaan negeri bagi membolehkan mereka lakukan pengusahasilan kuari.

Iklan

"Saya yakin exco pun terikat kepada JAS, sesiapa boleh merayu tapi kita tak sewenang-wenangnya lulus," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bantuan Persekolahan dan Orang Kurang Upaya Oleh Kelompok-Kelompok Padang Ragut Daerah Perak Tengah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perak 2021 di Dewan Dato' Ahmad Hambal, Bota Kanan, di sini, pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria; Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed; Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah dan Pengarah JPV Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan.

Mengenai perkembangan isu pencemaran di Hutan Simpan Segari Melintang itu, Saarani menjelaskan, semua kerja-kerja kuari di kawasan tersebut telah dihentikan selama setahun setelah diarahkan oleh JAS.

Menurutnya, difahamkan selepas itu JAS telah turun melihat kerja-kerja pematuhan yang dibuat dan membenarkan semula operasi kuari tersebut.

Katanya, bagaimanapun operasi tersebut tidak lagi dibenarkan kembali disebabkan pelbagai faktor lain.

Pada Rabu, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mendedahkan terdapat seorang ADUN yang mendesak supaya operasi kuari di hutan simpan tersebut diberikan kebenaran semula dengan alasan pekerja kuari kehilangan sumber pendapatan.