Penganjuran DSA, Natsec satu kejayaan

Iklan
Hishammuddin (tengah) pada Majlis Penghargaan dan Pengumuman Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2024 di MITEC pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaaan (Natsec) 2022 yang menutup tirai pada Khamis merupakan satu kejayaan buat Kementerian Pertahanan (Mindef).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pameran empat hari yang bermula pada Isnin itu merupakan pameran berskala besar pertama yang dianjurkan selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

Iklan
Iklan

"Sebagai antara lima pameran terbaik yang diiktiraf dunia berkaitan keselamatan pertahanan, kami amat bimbang untuk menganjurkan pameran ini dengan jayanya sebelum ini.

"Sepanjang tempoh empat hari pameran ini berlangsung, ia berjalan dengan lancar dengan sokongan pelbagai pihak termasuk dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut sama dalam penganjuran ini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Penutupan DSA dan Natsec 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada Khamis.

Hishammuddin berkata, pameran dwitahunan tersebut menerima kehadiran 33,147 pengunjung yang terdiri daripada pemain industri dan anggota keselamatan dari seluruh negara sepanjang pameran itu berlangsung.

Iklan

"Malah, ia turut membabitkan sebanyak 305 delegasi kenamaan serta penyertaan lebih 1,000 syarikat dan kira-kira 20 pavilion antarabangsa.

"Apa yang lebih penting daripada menunjukkan peralatan dan berdepan dengan beberapa isu dari segi partisipasi dari pavilion tertentu adalah perbincangan dijalankan secara bersemuka,” katanya.

Hishammuddin berkata, pihaknya sudah memulakan persediaan untuk penganjuran DSA dan Natsec Asia seterusnya yang dirancang berlangsung pada 6 hingga 9 Mei 2024.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada tahun hadapan, Hishammuddin berkata, beliau yakin bahawa mereka mampu untuk menjayakan pameran tersebut seperti DSA dan Natsec Asia 2022.

"Penganjuran LIMA nanti banyak bergantung kepada kejayaan kita di DSA dan Natsec Asia. Jelas dalam tempoh empat hari ini, semua pihak membantu untuk meyakinkan Menteri Pertahanan bahawa kita berjaya dalam pameran ini. Ia sekali gus menjadi asas kukuh yang cukup baik untuk kita mengadakan dan menjayakan penganjuran LIMA pada tahun depan,” ujarnya.