Perlis tidak kenakan denda terhadap pasangan nikah di Thailand

Iklan
Pasangan yang bernikah di Thailand dan ingin mendaftarkan semula perkahwinan mereka di Perlis tidak akan dikenakan sebarang denda. - Gambar hiasan

KANGAR - Pasangan yang bernikah di Thailand dan ingin mendaftarkan semula perkahwinan mereka di Perlis tidak akan dikenakan sebarang denda, namun mereka perlu mengemukakan dokumen lengkap bagi tujuan tersebut.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana Perlis, Ruzaini Rais berkata, pasangan terlibat perlu mendapatkan sijil pengesahan perkahwinan daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pendaftaran pernikahan mereka di negeri ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sekiranya berlaku pernikahan di Thailand, pasangan terlibat pula tidak mendapatkan sijil pengesahan berkenaan, permohonan bagi mendaftarkan pernikahan itu dianggap tidak lengkap dan menyukarkan proses selanjutnya.

"Ramai pasangan yang berkahwin di sana tidak mendapatkan sijil pengesahan ini kerana syarat ditetapkan kerajaan Thailand adalah pihak terlibat perlu bermalam sehari di sana sebelum diberikan dokumen itu.

Iklan

"Dan bila pasangan itu tidak mendapatkan sijil pengesahan pernikahan, ia menyukarkan mereka untuk mendaftarkan pernikahan di Perlis,” katanya kepada pemberita di pekarangan pintu masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini pada Khamis.

Terdahulu, sewaktu sesi soal jawab lisan, Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) bertanyakan Rozaimi mengenai langkah diambil kerajaan negeri bagi mempermudahkan proses buat pasangan yang bernikah di Thailand untuk mendaftarkan semula perkahwinan mereka di negeri ini.

Iklan

Menurut Mohd Ridzuan, terdapat banyak kes pasangan tidak mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini sehingga menyebabkan anak-anak turut terkesan antaranya tidak dapat mendaftar untuk persekolahan.

Dalam pada itu, Rozaimi berkata, mahkamah syariah di Perlis juga tidak mewajibkan pihak yang ingin berpoligami untuk memaklumkan perkahwinan mereka kepada isteri pertama, namun maklumat yang dikemukakan itu seharusnya lengkap.

"Jika maklumat tidak lengkap dan meragukan, mahkamah syariah akan memanggil isteri pertama bagi mendapat pengesahan,” katanya. - Bernama