Terminal Feri Desaru Coast

Iklan
Terminal Feri Desaru Coast yang terletak di bandar Penawar Kota Tinggi dilengkapi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) serta kemudahan maritim yang bakal menjadi pintu masuk baharu antarabangsa Malaysia ke-16 di negeri Johor.

Terdahulu Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan merasmikan terminal feri berkenaan, yang dilihat bakal memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi Johor Tenggara. Dengan adanya terminal feri berkenaan juga akan meningkatkan kesalinghubungan destinasi antarabangsa dari Singapura dan Batam serta Bintan, Indonesia. - Foto Bernama