Dua juta belia bakal terima kredit e-tunai RM150

Iklan
Belia yang layak bakal menerima manfaat itu melalui aplikasi e-dompet yang terpilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sekitar dua juta belia bakal menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang menerusi inisiatif e-Pemula yang akan bermula pertengahan April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan belia yang layak bakal menerima manfaat itu melalui aplikasi e-dompet yang terpilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta," menurut kenyataan itu.

Peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang belum berdaftar untuk menerima bayaran secara elektronik atau tanpa tunai disaran berbuat demikian dengan penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat bagi mendapatkan manfaat daripada pelaksanaan inisiatif itu. - Bernama

Iklan
Iklan