Kenyataan media UMNO pandang serius keputusan mahkamah disahkan palsu

Iklan
Kenyataan media yang tular di media sosial menyatakan UMNO memandang serius keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan berhubung prosiding kes saman SRC International Sdn Bhd adalah palsu.

SHAH ALAM - Satu kenyataan media yang tular di media sosial menyatakan UMNO memandang serius keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan berhubung prosiding kes saman SRC International Sdn Bhd adalah palsu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, semua kenyataan yang menggunakan kepala surat UMNO mesti dirujuk kepada media sosial rasmi beliau atau portal rasmi parti politik tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekiranya tiada dalam saluran rasmi itu, maka kenyataan tersebut adalah palsu.

"Apa-apa kenyataan yang guna kepala surat UMNO dan nama saya mesti dirujuk kepada media sosial rasmi saya atau berita di umno-online.my

Iklan

"Jika tiada dalam saluran rasmi itu, maka kenyataan adalah palsu/fake/fitnah,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Iklan