KIEV - Tentera Rusia menghancurkan industri pertahanan Ukraine, kata Penasihat Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, Alexey Arestovich pada Khamis.
"Kedua-dua pihak mengalami kerugian. Sekiranya anda berfikir bahawa kami tidak mengalami kerugian, maka anda silap", katanya seperti dilaporkan oleh portal berita RT.
Iklan
Iklan
Beliau juga mendakwa Rusia mahu menjadikan Ukraine seperti negara yang hancur dan ia merupakan proses yang masih dilakukan oleh tentera negara itu.
Sebelum ini, Rusia menegaskan bahawa ia tidak menyasarkan orang awam dan menuduh pihak nasionalis Ukraine menggunakan mereka sebagai perisai manusia.
Ketika mengulas mengenai pusingan rundingan terbaharu antara Kiev dan Moscow yang berlangsung pada awal minggu ini di Istanbul, Turki, Arestovich menggariskan bahawa mana-mana pencerobohan tentera berskala besar dan perjanjian damai pada kebiasaannya akan menyaksikan pihak-pihak yang bertelagah akan bersetuju untuk berkompromi.
Justeru, katanya, beliau mendakwa bahawa Kiev tidak menerima kompromi dalam rundingan tersebut.
Tentera Rusia menceroboh Ukraine atas arahan Presiden negara itu, Vladimir Putin pada 24 Februari lalu. - Agensi