[VIDEO] JB Sentral kembali meriah, Tambak Johor 'lengang'

Iklan
Keadaan di JB Sentral kembali meriah dengan warga Malaysia yang kembali semula ke tanah air sempena pembukaan sempadan Malaysia-Singapura, pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Suasana di JB Sentral satu-satunya pintu keluar masuk ke Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen ( CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar ( BSI) di sini, kembali meriah dengan kepulangan ratusan rakyat Malaysia yang mula tiba sejak awal pagi.

Kepulangan itu susulan pembukaan sepenuhnya sempadan Malaysia-Singapura dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan termasuk tidak perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan Covid-19 serta ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian di JB Sentral di sini mendapati, keluarga dan saudara mara mula menunggu kepulangan rakyat Malaysia dari Singapura.

Bagaimanapun, mereka dilihat hanya menunggu dari dalam kereta memandangkan kawasan di JB Sentral dipantau rapi anggota keselamatan bagi mengelak berlakunya kesesakan lalu lintas.

Iklan

Kebanyakan warga Malaysia yang bekerja di republik itu mengambil peluang pulang berjumpa keluarga di tanah air selepas sempadan negara ditutup sejak 18 Mac 2020.

Sementara itu, pemerhatian dari Panggung Opera Permaisuri Zarith Sofiah yang terletak berhadapan Tambak Johor mendapati, keadaan lalu lintas di Tambak Johor masih lagi lengang pada awal pagi.

Iklan

Hanya kelihatan kenderaan seperti berat lori dan bas, selain beberapa orang berjalan menyeberang Tambak Johor dari Singapura untuk ke CIQ di BSI.

Aliran trafik di Tambak Johor kelihatan lengang pada pagi Jumaat.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 30 Mac lalu dilapor berkata, terdapat kira-kira 400,000 rakyat Malaysia yang berulang alik dari Johor ke Singapura setiap hari sebelum pandemik Covid-19 bermula.

Katanya, kerajaan negeri menjangkakan hampir 400,000 orang dijangka menggunakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Linkedua, pada minggu pertama pembukaan semula sempadan negara.

Beliau berkata, kesemua kaunter di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) iaitu di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini, dan Bangunan Sultan Iskandar di akan beroperasi sepenuhnya, bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.

Katanya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkenan supaya 130 sukarelawan Southern Volunteers, ditempatkan di kedua-dua CIQ tersebut untuk membantu rakyat Malaysia dan pengembara sekali gus memudahkan urusan mereka nanti.