Pejuang tiada hasrat bentuk blok pembangkang dengan parti lain

Iklan
Dr Mahathir ketika bercakap pada sidang akhbar di Yayasan Alhukhary pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ketika ini tidak berhasrat untuk bergabung membentuk satu blok pembangkang dengan mana-mana parti bagi menentang Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu juga tidak pernah dibincangkan.

Iklan
Iklan

"Itu satu masalah yang sukar untuk dilaksana kerana kita memikirkan kerjasama dengan sebuah parti (tertentu) tapi orang ramai tidak suka kepada parti itu.

"Mungkin kerana dia bangsa lain dan sebagainya sebab itu kita asingkan parti kita daripada parti-parti lain.

Iklan

"Ia supaya parti-parti lain itu kalau tidak popular, tidak terpalit kepada kita,” katanya pada sidang akhbar sebaik selesai mesyuarat bersama Yayasan Anti Rasuah Malaysia di Yayasan Albukhary di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Pejuang berhasrat untuk bergabung membentuk satu blok pembangkang dengan parti-parti lain bagi menghadapi BN dalam PRU15 akan datang.

Iklan

Pada Khamis, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir.

Jelas Mukhriz, dalam pertemuan itu, Muhyiddin ada mengemukakan cadangan gabungan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Tambahnya, perjumpaan tersebut berlangsung sekitar dua minggu lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.