Permohonan pengeluaran KWSP dibuka hingga 30 April

Iklan
Asyraf Wajdi (Gambar kecil: Permohonan pengeluaran KWSP dibuka hingga 30 April.)

SHAH ALAM - Permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 secara 'one-off' kini dibuka bermula 1 April sehingga 30 April 2022.

KWSP dalam satu hantaran berkata, permohonan pengeluaran khas KWSP itu hanya boleh dilakukan melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ sahaja.

Iklan
Iklan

Tambah KWSP lagi, status permohonan pula boleh disemak bermula 9 April 2022.

"Permohonan hanya melalui pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Pemohon tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kiosk dan cawangan KWSP terdekat,” menurut kenyataan itu di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Pada 16 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Dalam sidang akhbar khasnya, Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Iklan

KWSP memaklumkan, bayaran bagi pengeluaran khas akan dibuat secara sekali pembayaran (single payment) kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur apabila pengeluaran tersebut telah dibenarkan oleh kerajaan bagi membantu mereka yang terkesan daripada pandemik Covid-19.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut meluahkan rasa syukur setelah KWSP membuka portal permohonan tersebut.

"Alhamdulillah pukul 1 pagi tadi, pihak KWSP telah membuka Portal Pengeluaran Khas RM10,000 secara sekali gus atau one-off. Moga bermanfaat kepada yang amat memerlukannya,” ujarnya.

Menurut pengguna Facebook, Eiliahana Rosli, proses permohonan yang dilakukan KWSP kali ini adalah lebih memudahkan berbanding sebelum ini.

Jelasnya, sebagai seorang pemohon, dia berasa bersyukur kerana kerajaan telah mendengar rintihan rakyat dengan membenarkan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 ini.

"Alhamdulillah. Pukul 10 malam tadi dah boleh mohon. KWSP buka permohonan awal kali ini dan proses permohonan pun mudah. Terima kasih Datuk Asyraf Wajdi kerana tidak pernah jemu memperjuangkan permintaan rakyat selama ini.

"Saya sebagai salah seorang pemohon sangat bersyukur kerana kerajaan meluluskan pengeluaran khas ini dan mendengar rintihan rakyat,” katanya.

Turut memberikan respon yang sama, Balqis Alaysha berkata, dengan adanya pengeluaran tersebut, ia dapat membantunya sedikit sebanyak dalam meringankan beban yang ditanggung.

"Terima kasih untuk semua ahli yang terlibat. Hari ini kamu semua permudahkan urusan kami.. semoga satu hari nanti semua urusan Datuk dan lain-lain akan dipermudahkan oleh ALLAH.

"Dengan adanya pengeluaran ini, ia dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban kami semua lagi-lagi golongan B40 ini,” ujarnya.

Ajil Alz pula memberitahu, pengeluaran yang bakal dilakukannya tersebut mampu menampung keperluan memandangkan dia telah diberhentikan kerja.

"Alhamdulillah rezeki kena berhenti kerja. Dapat buat pengeluaran untuk menampung keperluan,” jelasnya.