'Terus patuh SOP di fasa endemik' - PDRM

Iklan
PDRM menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh MKN dari masa ke semasa. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa semua pihak supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 walaupun negara sudah beralih ke fasa endemik bermula Jumaat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, PDRM akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan SOP berkenaan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Dalam tempoh tersebut, PDRM akan terus menjalankan operasi pematuhan di seluruh negara bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP ditetapkan demi kesejahteraan masyarakat.

"Individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPPB) 1988 (Akta 342) mengikut SOP terkini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, orang ramai digesa untuk terus mematuhi SOP terkini bertarikh 1 April dan Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(A) 83 serta apa-apa peraturan berkaitan yang dikeluarkan demi menjaga keselamatan bersama.

"PDRM menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari masa ke semasa," ujarnya.

Iklan