Pintu masuk sempadan negara terkawal: KPN

Iklan
Acryl Sani (dua kiri) dalam Majlis Apresiasi EAIC Bersama Agensi Penguatkuasaan Seliaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Keadaan di semua pintu masuk sempadan negara terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini selepas dibuka buat kali pertama dalam tempoh dua tahun sejak penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah memastikan setiap penugasan anggota teratur bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini khususnya di pintu masuk di Johor, Kelantan dan utara tanah air.

Iklan
Iklan

"Setakat ini dikesan kesesakan di pintu masuk Johor dan Alhamdulillah semua pihak termasuk orang awam memberikan kerjasama yang baik.

"Ini memudahkan pihak polis dan lain agensi bagi mengawal selia semua pergerakan agar berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Bersama Agensi Penguatkuasaan Seliaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pada Jumaat.

Iklan

Tambahnya, orang awam diingatkan untuk sentiasa mengemas kini kini sebarang peraturan yang dikeluarkan kerajaan bagi melancarkan proses keluar masuk bagi mengelak berlakunya sebarang perkara tidak diingini.

"Secara keseluruhannya hari ini keadaan adalah sangat terkawal," ujarnya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali meminta orang ramai untuk terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

"Polis akan terus menjalankan operasi pematuhan di seluruh negara bagi memastikan masyarakat kekal mematuhi SOP ditetapkan demi kesejahteraan bersama.

"Individu yang sengaja melanggar peraturan ditetapkan akan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.