Gempur premis warga asing

Iklan
Salah sebuah premis perniagaan diperiksa dalam operasi bersepadu berkenaan.

SABAK BERNAM - Seramai 16 warga asing termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan agensi penguatkuasaan sekitar premis perniagaan di daerah ini, semalam.

Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Mohd Muktafi Sarpan berkata, operasi selama lima jam bermula 10 pagi dan berakhir 3 petang itu memberkas warga asing berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi itu melibatkan penguatkuasa MDSB, Jabatan Imigresen Selangor, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Operasi memberi tumpuan kepada premis kedai runcit, permaidani, telekomunikasi dan sebuah pusat cuci kereta automatik

Iklan

"Mengikut pecahan, seramai 15 lelaki dan wanita ditahan dalam operasi ini.

"Daripada jumlah itu, enam daripadanya dari Myanmar, empat Pakistan dan masing-masing seorang dari Indonesia, India, Bangladesh dan Nepal," katanya.

Iklan

Mohd Muktafi berkata, pihaknya memeriksa seramai 30 warga asing sepanjang operasi yang melibatkan tujuh premis perniagaan.

"Manakala, KPDNHEP mengenakan tindakan kompaun terhadap dua premis, manakala dua premis lagi disita MDSB," katanya.

Beliau berkata, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon mengesahkan menerima laporan mengenai operasi bersepadu berkenan.

"Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 51(3)(a) Akta Imigresen 1959/63 dan 51(5)(b) akta sama untuk siasatan lanjut," katanya.