Warga emas maut terperosok belakang treler

Iklan
Anggota bomba menjalankan operasi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taiping. - Foto ihsan Bomba Perak

TAIPING - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah treler membawa muatan barangan runcit yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 208.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, mangsa, Ng Bock Hwa, 69, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, laporan diterima kira-kira jam 1.30 petang melibatkan sebuah treler dan kereta jenis Proton Iswara.

"Siasatan awal mendapati treler dipandu lelaki berusia 48 tahun sedang berhenti di lorong kecemasan dan baru selesai membaiki kenderaannya.

Iklan

"Semasa treler hendak bergerak, tiba-tiba datang kereta dari arah belakang melanggar kenderaan itu menyebabkan mangsa mengalami parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Taiping dan bedah siasat dijalankan pada Isnin selepas memperolehi keputusan ujian Covid-19.

Iklan

"Tiada tangkapan dilakukan dan waris mangsa sedang dikesan. Kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.