Ukraine cuba sabotaj Rusia, serang depot petrol

Iklan
Sebuah depot bahan api diserang Ukraine di Belgorod, barat Rusia. - Foto: AFP

MOSCOW - Helikopter Ukraine telah melancarkan serangan terhadap kemudahan penyimpanan bahan api di Belgorod, barat Rusia pada Jumaat.

Serangan terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan langkah Presiden Rusia, Valdimir Putin yang mengenakan syarat pembayaran gas menggunakan matawang ruble.

Iklan
Iklan

"Kebakaran berlaku di depot petrol akibat serangan udara dilakukan dua helikopter tentera Ukraine, yang memasuki wilayah Rusia pada kedudukan penerbangan yang rendah," kata Gabenor, Vyacheslav Gladkov menerusi ciapan di Telegram.

Katanya, dua pekerja di kemudahan penyimpanan bahan api itu mengalami kecederaan akibat kebakaran susulan serangan terbabit.

Iklan

Kira-kira 170 kakitangan dilaporkan cuba memadamkan kebakaran berkenaan manakala semua pekerja berjaya dipindahkan keluar dari bangunan itu.

Difahamkan serangan tersebut berlaku selepas Putin pada minggu lalu berkata, Moscow akan menerima pembayaran dalam matawang ruble sebagai pembayaran penghantaran gas terhadap negara 'tidak mesra' termasuk Kesatuan Eropah (EU).

Iklan

Namun, Kremlin berkata bahawa Rusia tidak tergesa-gesa meminta pembeli gas untuk membayar dalam matawang ruble selepas Moscow menyatakan pihaknya kini akan menerima pembayaran dalam matawang negaranya.

"Pembayaran dan penghantaran adalah proses yang memakan masa," kata jurucakap Kremlim Dmitry Peslov.

Pada Khamis, kerajaan Rusia, bank pusat dan syarikat pembekal tenaga, Gazprom dijangka membentangkan kepada Putin dengan sistem yang membenarkan pembayaran matawang ruble. - AFP