KOTA KINABALU - Sabah pada masa ini sedang melalui fasa penstabilan Covid-19 apabila tiada kluster baharu dicatatkan sejak beberapa minggu lalu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, pada masa ini hanya tiga kluster Covid-19 masih aktif di negeri itu dan satu kluster iaitu Kluster Jalan Kebulian di Kota Marudu diisytiharkan tamat pada Jumaat.