Gabungan baharu pembangkang hadapi PRU15?

Iklan
Muhyiddin, Dr Mahathir, Abdul Hadi

MELIHAT kepada keputusan beberapa siri pilihan raya negeri yang diadakan sebelum ini, perpecahan dalam kalangan parti pembangkang sememangnya telah memberikan keselesaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sekiranya berlanjutan, situasi tersebut dijangka bakal mendedahkan kumpulan pembangkang kepada kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka berlaku pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Dengan mengambil kira kemungkinan tersebut, beberapa pimpinan parti pembangkang secara terbuka menyatakan keperluan untuk kembali berunding membentuk gabungan baharu yang lebih kukuh dan kuat bagi bersaing dengan UMNO dan BN.

Pada Khamis, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bagi bagi mengemukakan cadangan gabungan parti dalam PRU15.

Iklan

Menurut Mukhriz, perjumpaan itu berlangsung sekitar dua minggu lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Susulan daripada itu, Dr Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Pejuang pada Jumaat tampil menjelaskan bahawa partinya ketika ini masih tidak berhasrat untuk bergabung membentuk satu blok pembangkang dengan mana-mana parti untuk menentang BN dalam PRU15.

Iklan

Namun begitu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Jumaat turut memaklumkan bahawa beliau akan mengatur untuk mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir.

Abdul Hadi berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi untuk penyatuan ummah.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan bahawa beliau berbangga dengan pertemuan yang dijalankan antara Muhyiddin dan Dr Mahathir itu.

Katanya, pertemuan tersebut merupakan salah satu strategi bagi memastikan kepentingan maslahat yang lebih besar.

Pada masa sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat memaklumkan masih tiada sebarang usaha dilakukan oleh pimpinan tertinggi daripada Bersatu dan Pas untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).