Conte yakin Spurs layak ke saingan UCL musim hadapan

Iklan
Antonio Conte

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte yakin pasukannya mampu untuk melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim hadapan.

Meskipun bergelut pada permulaan kempen musim ini, Spurs berjaya memenangi empat daripada lima pertemuan liga baru-baru ini dan kini menduduki tangga kelima tiga mata di belakang Arsenal yang berada di kedudukan keempat dengan kelebihan satu perlawanan.

Iklan
Iklan

"Kami bukan satu-satunya pasukan yang mahu mencipta magis bagi melayakkan diri ke saingan UCL. Masih ada lagi pasukan kuat seperti Chelsea, Liverpool, Manchester City dan (Manchester) United.

"Jika anda tanya saya kemungkinan untuk kami layak ke UCL lima bulan lalu, saya boleh katakan ia misi yang hampir mustahil untuk direalisasikan.

Iklan

"Bagaimanapun kini saya fikir, kita perlu berjuang habis-habisan kerana peluang untuk layak boleh dikatakan agak cerah.

"Ia sesuatu yang bagus untuk ada impian seperti ini kerana bermain di pentas tertinggi Eropah itu sangat penting buat diri saya, kelab, pemain dan semua pihak yang terlibat dalam memajukan kelab ini,” katanya pada sidang media menjelang perlawanan menentang Newcastle di laman sendiri pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Itali itu mengesahkan tonggak pertahanan Ben Davies sedia untuk diturunkan selepas digugurkan daripada skuad kebangsaan Wales ketika perlawanan persahabatan menentang Republik Czech pada minggu ini.

Bagaimanapun katanya, dua pemain tengahnya iaitu, Oliver Skipp dan Ryan Sessegnon masih belum pasti untuk diturunkan pada perlawanan tersebut memandangkan mereka baru sahaja pulih daripada kecederaan.

"Kedua-dua mereka kini sangat hampir untuk bersama pasukan. Prestasi mereka ketika ini semakin meningkat.

"Buat masa sekarang mereka akan menjalani sesi latihan yang penting tetapi bukan bersama pasukan utama. Saya harap dapat menurunkan mereka pada perlawanan minggu hadapan,” katanya.