Kumpulan peminat kereta 'berkonvoi' ke balai polis

Iklan
Sebanyak 25 kerete disita kerana menggubah suai ekzos dalam operasi penguatkuasaan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, awal pagi Sabtu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Keseronokan sekumpulan peminat kereta bertemu dan berkumpul di sekitar ibu negara terbantut selepas kenderaan mereka disita dalam operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Jalan Raja Laut, berhampiran Dataran Merdeka, pada Sabtu.

Tinjauan Sinar Harian sekitar jam 1 pagi mendapati, kawasan sekitar Dataran Merdeka di sini, dipenuhi ahli kumpulan peminat kereta, pengunjung awam dan penjaja jalanan yang sudah dibenarkan beroperasi semula sehingga awal pagi.

Iklan
Iklan

Tidak menyedari tindak tanduk mereka sedang diperhatikan, segelintir peminat kereta terbabit memandu di sekitar ibu negara sambil menekan pendikit minyak secara semborono dan membuat bising.

Bagaimanapun, keseronokan mereka tidak lama apabila sekitar jam 2 pagi, sepasukan polis dari JSPT Kuala mula menutup jalan di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut di sini.

Iklan

Difahamkan, sebanyak 25 kereta disita dalam operasi di Jalan Raja Laut di sini, kerana didapati mengubah suai struktur ekzos kenderaan masing-masing.

Dalam pada itu, JSPT Kuala Lumpur turut menyita 44 motosikal dan turut dikenakan saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar ibu negara.

Iklan

Kesemua kenderaan yang disita dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.